Pembangunan industri halal Malaysia memerlukan usaha integrasi produk, perkhidmatan kewangan Islam dan aktiviti sektoral, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Beliau juga berkata, aktiviti terbabit termasuk aspek pengumpulan dana dan keterangkuman kewangan Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS).